Thursday, April 5, 2012

Jenis Guinea Pig :  Short Haired

Guinea pig yang berbulu pendek, dikenali sebagai American Guinea Pig. Macam tikus mondok biasa, bulu tak lebat tapi bulu dia kadang kadang berkilat gitu.




Jenis Guinea Pig : Abyssinian

Guinea pig jenis Abyssinian ni paling ngetop sekarang ni. Mana mana pun memang orang nak cari jenis ni sebab bulu dia lebat dan halus. Bulu guinea pig Abyssinian lebat dan berpusar-pusar selalunya di bahagian bahu, kaki dan bontot. Gebu seh !



Jenis Guinea Pig : Peruvian

Guinea pig jenis Peruvian ni jarang kita nampak sebab baka dia sangat rare.  Tapi dah ramai dah orang bela guinea pig ni tau...bulu Guinea pig Peruvian ni panjang boleh mencecah 20 inci ! Bulu guinea pig jenis peruvian ni jugak perlula sentiasa di trim supaya tak nampak semak sangat dan tak menutupi pemandangan matanya.




Jenis Guinea Pig :Silkie @ Sheltie

Guinea pig Silkie ni mempunyai bulu yang superb lebat dan cantik ! Bulu guinea pig jenis silkie ni paling lebat di bahagian belakang. Sangat comel !




Jenis Guinea Pig : Rex

Guinea pig rex ni mempunyai bulu yang gebu dan tidak panjang. Selalunya, panjang bulu guinea pig rex ni tidak lebih dari setengah inci panjang. Bulu dia jenis fuzzy dan sentiasa tegak jer.
Jenis Guinea Pig :Teddy

Guinea pig jenis teddy ni berbulu macam teddy bear lah. Nampak macam rabbit pun ada gak. Beza guinea pig rex dengan teddy ni, bulu teddy lagi panjang.



Jenis Guinea Pig : Texel

Guinea pig jenis Texel ! Wow, bulu dia kerinting  kerinting gitu...Sikatlah selalu bagi nampak cantik ok ?

     

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...